Ramai yang kurang menyedari, kita sebagai ibu bapa kepada
anak-anak adalah guru pertama mereka. Bukan Cikgu di sekolah. Kitalah yang
berperanan besar dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak. Mereka melihat
kita setiap hari. Kita seharusnya menyediakan satu contoh yang terbaik buat
mereka. Apabila ini berlaku maka apabila mereka keluar dari rumah, mereka
bersedia menghadapi ujian yang bakal melanda.
Saya ada dengar komen ramai ibu bapa yang kecewa ketika
mereka menghantar anak-anak ke sekolah kerana mereka terlalu bergantung pada
guru. Ibu bapa mula menyoal mengapa anak mereka tidak boleh lagi membaca pada
usia 4, 5 atau 6 tahun. Mereka bertanya
mengapa anak mereka hanya menghafal tetapi tidak mengenal. Mereka bertanya
mengapa anak-anak banyak bermain. Mereka
juga bertanya mengapa tiada kerja rumah yang di bawa balik.
Seawal mana anak belajar membaca adalah bergantung seawal
mana mereka di dedahkan dengan pembacaan dan pengenalan huruf itu sendiri. Jika
lambat kita memperkenalkan huruf kepada anak , maka mereka akan mengambil masa
untuk mengenal huruf dan membaca.

0 comments:
Post a Comment