Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Saya pasti ramai yang dalam dilema sama ada nak teruskan bekerja atau berhenti kerja dan berniaga. Memang tidak dinafikan bila bekerja dengan majikan, ada pendapatan tetap yang akan diperolehi setiap bulan.Tapi masalahnya kos sara hidup yang semakin tinggi, menyebabkan gaji yang diperolehi tidak mencukupi. Kadar toll meningkat, beli barang keperluan ada GST, kalau dulu beli barang satu troli penuh Rm400, sekarang setengah troli je dah Rm400, kos pendidikan anak kalau dulu masa saya sekolah PIBG Cuma bayar RM10, sekarang dah jadi seratus. Emm pening kan mana nak cari duit, kerja bertahun kenaikan cuma seratus setahun, lagi kesian ada yang kenaikan puluh ringgit je setahun. Lahir seorang anak je kos jaga anak, pamper , susu paling kurang RM500. Macam tu lah hidupkan, apepun hidup perlu diteruskan. Insya Allah ada rezeki untuk mereka yang sentiasa mahu berusaha.
6 Sebab utama dilema berhenti kerja dan berniaga
Tidak gembira dengan pekerjaan sekarang dan mahu berniaga untuk lebih gembira. Tetapi berniaga belum tentu menjanjikan kegembiraan dan kebahagiaan.
Tidak cukup duit dan mahu berniaga untuk selesaikan masalah duit. Sama ada bekerja atau berniaga perkara utama ialah kemampuan mengurus duit. Salah langkah boleh tersasar lebih jauh dalam kancah masalah kewangan.
Mahu berniaga kerana mahu membayar hutang keliling pinggang. Jika waktu bekerja dan berpendapatan tetap anda sudah berhutang keliling pinggang. Ini bermakna anda berbelanja melebihi kemampuan dan tidak mampu mengurus wang dengan baik.
Mahu banyak masa bersama keluarga dengan berniaga. Anda pergi ke mana-mana pun anda tetap mendapat masa 24 jam sahaja sehari. Tidak lebih dan tidak kurang daripada orang lain
Berniaga kerana minat dan bukan kerana kawan buat anda pun mahu buat. Pilih perniagaan yang kita tahu lakukan sendiri, bukan perniagaan yang syok sendiri. Jika tidak, kebergantungan anda kepada orang lain adalah sangat tinggi.
Mulakan dengan kos paling minima dan elakkan membuat pinjaman. Tidak perlu bermula dengan skala besar hingga memaksa anda membuat pinjaman. Walaupun membuat pinjaman dari ahli keluarga, ia pantang besar dalam berniaga.
Idea di bawah ini boleh membantu anda untuk memulakan perniaggaan , pilih perniagaan yang anda minat, dan boleh juga mulakan secara part time ;-
1. Bisnes Ais krim
2. Bisnes Burger
3. Bisnes Fotografi
4. Bisnes Coklat
5. Bisnes Cupcake
6. Bisnes Biskut
7. Bisnes Maruku
8. Bisnes Kek Kukus Special
9. Bisnes Muffin
10. Bisnes kek Cheese
11. Bisnes Apam
12. Bisnes Kek Coklat
13. Bisnes Biskut Penyek
14. Bisnes tart
15. Bisnes Aneka Putu Bambu
16. Bisnes Roti, Pau Dan Pizza
17. Bisnes Air, Dadih Dan Dessert
18. Bisnes Roti Canai & Mutabak
19. Bisnes Aneka Cakoi
20. Bisnes Air Soya Dan Aneka Taufufah
1. Bisnes Ais krim
2. Bisnes Burger
3. Bisnes Fotografi
4. Bisnes Coklat
5. Bisnes Cupcake
6. Bisnes Biskut
7. Bisnes Maruku
8. Bisnes Kek Kukus Special
9. Bisnes Muffin
10. Bisnes kek Cheese
11. Bisnes Apam
12. Bisnes Kek Coklat
13. Bisnes Biskut Penyek
14. Bisnes tart
15. Bisnes Aneka Putu Bambu
16. Bisnes Roti, Pau Dan Pizza
17. Bisnes Air, Dadih Dan Dessert
18. Bisnes Roti Canai & Mutabak
19. Bisnes Aneka Cakoi
20. Bisnes Air Soya Dan Aneka Taufufah
0 comments:
Post a Comment