Tentu seronokkan bila anak bijak bercakap dan membaca seawal
usia. Bagaimana nak anak bijak becakap Dan membaca? Saya tertarik dengan info
berkaitan infant reading (sumber dari majalah Era Muslimah ).
Infant reading adalah aktiviti membacakan buku pada bayi.
Aktiviti ini dilakukan seawall mungkin iaitu ketika anak berusia dua bulan
lagi. Pilih buku dan cerita ringkas yang sesuai dengan anak-anak, dan bacakan
pada mereka semasa mereka berada dalam keadaan tenang biasanya selepas mandi
dan sesi urutan bayi. Jika dapat lebih adalah lebih bagus.
Kajian infant Reading pernah dibuat di Afrika di mana 2 kumpulan
bayi Afrika di ambil. Satu daripadanya dibacakan buku dan satu lagi tidak
dibacakan buku. Beberapa tahun selepas itu, didapati bahawa bayi yang dibacakan
buku mempunyai peratus literasi yang lebih tinggi daripada bayi yang tidak
dibacakan buku.

Apabila kita membacakan buku pada anak, mereka mungkin tidak
paham apa yang dibacakan oleh kita kepada mereka. Namun di dalam proses ini
yang penting adalah ikatan yang cuba kita bina antara diri kita dan anak. Telah
berlaku komunikasi secara langsung dengan mereka. Ini akan menyebabkan otak
mereka bergerak aktif dan mula mengumpul perbendaharaan kata seawal mungkin.
Infant reading juga adalah salah satu cara anak dapat
bercakap seawal yang mungkin. Jadi mulakannya sekarang. Bacakan buku kepada
anak setiap hari. Ia sangat bermanfaat dan member kelebihan kepada anak.
0 comments:
Post a Comment