Assalamualaikum & Salam Ceria
Mungkin ada di antara anda yang terfikir ape sebenarnya rezeki ?
Kenapalah susah nak cari rezeki.
Maksud rezeki adalah luas. Ia bukan tertakluk kepada wang ringgit semata-mata.
Perkataan rezeki berasal daripada perkataan arab “rizq”, yang secara
literalnya bermaksud “sesuatu yang diberi atau dikurniakan”.
Rezeki mempunyai maksud yang luas.
Ia termasuk dengan badan yang sihat, mampu tersenyum, dipermudah urusan untuk melakukan tugasan atau pergi ke sesuatu tempat, dan dapat tidur dengan lena.
Allah pemberi rezeki yang mutlak. Dia memberi sesiapa sahaja rezeki-Nya. Sama ada umat Islam atau bukan Islam. Ia adalah refleksi kepada sifat Allah, iaitu Allah Maha Pengasih.
Tetapi, hanya dengan sifat Allah yang memberi rahmat, ia hanya khas untuk
umat Islam sahaja. Oleh sebab itu, hanya umat Islam yang terpilih peroleh rahmat Allah.
Rezeki Sudah Ditetapkan …
Rezeki kita telah ditetapkan sejak dari dalam perut ibu lagi. Ia dijelaskan dalam hadis di bawah;
Daripada Ibnu Mas’ud r.a. katanya,
Rasulullah SAW. meriwayatkan kepada kami dan ia adalah seorang yang benar serta dibenarkan, sabdanya:
“Sesungguhnya seorang kamu dihimpunkan di dalam perut ibunya selama empat
puluh hari dalam bentuk setitis air, kemudian menjadi seketul darah selama itu kemudian sepotong daging selama itu. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh padanya dan diperintahkan dengan empat perkara iaitu ditulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan sama ada celaka atau bahagia ia.
Demi Allah yang tiada tuhan selainnya, sesungguhnya seorang kamu benar-benar
akan beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jarak antaranya dengan syurga
hanyalah sehasta, lalu ketentuan mendahuluinya. Maka dia beramal dengan amalan ahli
neraka lalu ia memasukinya. Dan sesungguhnya seorang kamu benar-benar beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka hanyalah sehasta lalu ketentuan
mendahuluinya maka dia beramal dengan amalan ahli syurga lalu ia memasukinya.” (Bukhari dan Muslim)
Namun begitu, penting untuk kita mencari, dan membuka pintu rezeki yang telah
ditetapkan Allah untuk kita tuai hasilnya. Kita boleh lihat dalam kehidupan kita atau orang lain, bagaimana seseorang itu dapat berjaya dalam sesuatu bidang.
Apabila beliau menjalankan bisnes A, bisnesnya tidak maju. Kemudian, beliau
beralih ke bisnes B, semakin baik. Lantas, beliau beralih ke bisnes C, bisnesnya berkembang maju, pesat dan semakin membangun dengan deras.
Ia adalah bermakna, pintu rezekinya adalah dalam bisnes C. Oleh sebab itu, adalah penting untuk kita berusaha, mencari pembuka rezeki yang telah Allah tetapkan untuk kita.
Antaranya dengan doa.
“Ya Allah, saya pohon, agar Kau memberitahu saya, apakah bisnes yang apabila saya lakukan sedikit, saya perolah hasil yang banyak. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah.”
0 comments:
Post a Comment