Pages

70 Formula Rezeki Melimpah Ruah

Wednesday, November 18, 2015

Nikmati Saat Ini

Antara cara untuk memaknai kehidupan adalah, menikmati saat ini. 
Bagaimana?Antaranya dengan bersyukur.Selain daripada itu, live moment to moment.
InsyaAllah kita akan berasa sangat nikmat kehidupan ini, apabila kita live moment to
moment.

Walau kehidupan hari itu tidak seperti yang kita inginkan. Nikmati saat itu.

Adakalanya kita hidup di masa lalu, dengan berkata;

"Kalaulah aku boleh undur masa"
"Kalaulah aku tak labur pada perkara itu, banyak simpanan aku sekarang"
"Kalau aku tak buat perkara itu, aku takkan hadapi kehidupan sekarang"

Ramai orang melalui kehidupan yang negatif kerana, fokus pada perkara lalu.

Hasilnya, kita akan mempunyai rasa menyesal dengan kehidupan sekarang, yang bukan kita tidak hargai saat ini.

Yang sebaiknya adalah, kita mencari perkara yang boleh kita syukuri pada saat ini.

Ada pepatah yang menarik yang ingin dikongsi;
Kadang-kala kita selalu berdoa untuk perkara yang kita mahu miliki, dan terlupa yang
kita ada.

Dan sebenarnya yang kita ada sudah banyak.”

Plan tindakan yang boleh dipraktikkan;

Kerap dan banyakkan bersyukur, kurangkan mengeluh.”

Fokus bersyukur pada 3 perkara pada tiap hari, dan tingkatkan.
Kurangkan mengeluh.

Tetapkan diri untuk fokus bersyukur.

InsyaAllah, kita akan berjaya memaknai kehidupan dengan live
moment to moment.

Antara kata seseorang,

Bukan kejayaan sahaja perlu kita nikmati tetapi, kegagalan juga kita nikmati.

Agar setelah selesai kegagalan itu,apabila kita renung, ia akan menjadikan
kita orang yang bersyukur.

Syukur juga antara intipati untuk menyeru rezeki.

Ebook Formula Tarik Rezeki mengulas lebih lanjut mengenai
kekuatan syukur dalam penjemput rezeki.

Klik banner di bawah,

 

Monday, November 16, 2015

Kisah Rezeki dan Jutawan

Suatu hari ada seseorang bertanya;



"Bagaimana nak jadi jutawan?"




Beliau menjawab,



"Anda labur beratus ribu, pendapatan anda berjuta.



Anda labur beribu, pendapatan anda  beratus ribu.



Anda labur beratus, pendapatan anda beribu."




Maksud di sini adalah, gandakan pelaburan kita untuk peroleh pendapatan

yang lebih besar.




Tip yang boleh dipraktikkan;



1. Lihat pelaburan yang telah kita keluarkan sekarang

2. Lihat pendapatan yang kita peroleh sekarang




Pesan seseorang,



"Untuk berjaya, bukan perlu pergi hadir banyak seminar, atau coaching, yang penting 
 

adalah TINDAKAN."




Tindakan itulah yang akan menjadi ukuran apa yang kita labur, peroleh gandaan.



Oleh sebab itu, pentingnya melaburkan duit untuk ilmu serta praktikkannya.

Ia sama apabila kita sedekah lebih banyak, untuk dapatkan lebih banyak rezeki ;)




Plan tindakan:



Laburkan pendapatan kita untuk dapatkan ilmu yang lebih advance.




Wednesday, November 11, 2015

Apa itu Rezeki ?

Assalamualaikum & Salam Ceria

Mungkin ada di antara anda yang terfikir ape sebenarnya rezeki ?
Kenapalah susah nak cari rezeki.

Maksud rezeki adalah luas. Ia bukan tertakluk kepada wang ringgit semata-mata.
Perkataan rezeki berasal daripada perkataan arab “rizq”, yang secara
literalnya bermaksud “sesuatu yang diberi atau dikurniakan”.

Rezeki mempunyai maksud yang luas.
Ia termasuk dengan badan yang sihat, mampu tersenyum, dipermudah urusan untuk melakukan tugasan atau pergi ke sesuatu tempat, dan dapat tidur dengan lena.

Allah pemberi rezeki yang mutlak. Dia memberi sesiapa sahaja rezeki-Nya. Sama ada umat Islam atau bukan Islam. Ia adalah refleksi kepada sifat Allah, iaitu Allah Maha Pengasih.

Tetapi, hanya dengan sifat Allah yang memberi rahmat, ia hanya khas untuk
umat Islam sahaja. Oleh sebab itu, hanya umat Islam yang terpilih peroleh rahmat Allah.

Rezeki Sudah Ditetapkan …
Rezeki kita telah ditetapkan sejak dari dalam perut ibu lagi. Ia dijelaskan dalam hadis di bawah;

Daripada Ibnu Mas’ud r.a. katanya,
Rasulullah SAW. meriwayatkan kepada kami dan ia adalah seorang yang benar serta dibenarkan, sabdanya:

Sesungguhnya seorang kamu dihimpunkan di dalam perut ibunya selama empat
puluh hari dalam bentuk setitis air, kemudian menjadi seketul darah selama itu kemudian sepotong daging selama itu. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh padanya dan diperintahkan dengan empat perkara iaitu ditulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan sama ada celaka atau bahagia ia.

Demi Allah yang tiada tuhan selainnya, sesungguhnya seorang kamu benar-benar
akan beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jarak antaranya dengan syurga
hanyalah sehasta, lalu ketentuan mendahuluinya. Maka dia beramal dengan amalan ahli
neraka lalu ia memasukinya. Dan sesungguhnya seorang kamu benar-benar beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka hanyalah sehasta lalu ketentuan
mendahuluinya maka dia beramal dengan amalan ahli syurga lalu ia memasukinya.” (Bukhari dan Muslim)

Namun begitu, penting untuk kita mencari, dan membuka pintu rezeki yang telah
ditetapkan Allah untuk kita tuai hasilnya. Kita boleh lihat dalam kehidupan kita atau orang lain, bagaimana seseorang itu dapat berjaya dalam sesuatu bidang.

Apabila beliau menjalankan bisnes A, bisnesnya tidak maju. Kemudian, beliau
beralih ke bisnes B, semakin baik. Lantas, beliau beralih ke bisnes C, bisnesnya berkembang maju, pesat dan semakin membangun dengan deras.

Ia adalah bermakna, pintu rezekinya adalah dalam bisnes C. Oleh sebab itu, adalah penting untuk kita berusaha, mencari pembuka rezeki yang telah Allah tetapkan untuk kita.

Antaranya dengan doa.

Ya Allah, saya pohon, agar Kau memberitahu saya, apakah bisnes yang apabila saya lakukan sedikit, saya perolah hasil yang banyak. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah.”





Tips Panduan Cemerlang Dalam MUET

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sesi Muet untuk November 2015 telah pun berakhir minggu lepas. Tahniah buat anda yang telah dapat menjawab dengan cemerlang untuk semua sesi. Saya doakan anda mendapat keputusan yang Cemerlang dan berjaya mendapat tempat di IPT dan menyambung pengajian Ijazah.

Untuk Bakal Calon yang akan penduduki peperiksaan MUET 2016. Adakah anda sudah bersedia?

Kalendar MUET 2016



Tarikh Penting Malaysian University English Test 2016 (MUET)

Sesi Mac 2016
  1. Tarikh pendaftaran dibuka : 5 November 2015
  2. Tarikh pendaftaran ditutup : 8 Januari 2016
  3. Tarikh ujian speaking : 23,24,25 dan 29 Februari,1 dan 2 Mac 2016
  4. Tarikh ujian bertulis : 12 Mac 2016
Sesi Julai 2016
  1. Tarikh pendaftaran dibuka : 15 Mac 2016
  2. Tarikh pendaftaran ditutup : 11 Mei 2016
  3. Tarikh ujian speaking : 18,19,20,21,25 dan 26 Julai 2016
  4. Tarikh ujian bertulis : 30 Julai 2016
Sesi November 2016
  1. Tarikh pendaftaran dibuka : 03 Jun 2016
  2. Tarikh pendaftaran ditutup : 03 Ogos 2016
  3. Tarikh ujian speaking : 11,12,13,17,18 dan 19 Oktober 2016
  4. Tarikh ujian bertulis : 05 November 2016

Kepada calon-calon yang akan menduduki peperiksaan MUET. Adakah anda kini sedang berada di dalam keadaan rungsing memikirkan tentang peperiksaan MUET yang akan hadapi tidak lama lagi?

Maklumlah, peperiksaan MUET ini mungkin salah satu perkara yang terpenting di dalam hidup anda. Ianya akan menentukan sama ada anda akan berjaya untuk menyambung pelajaran ke IPT atau tidak?, atau ia juga akan menjadi tanda penentu bahawa sama ada anda layak atau tidak untuk dinaikkan pangkat di tempat kerja anda.

Pada tahun 2011, seramai 93,869 calon telah menduduki peperiksaan MUET, tetapi malangnya, hanya 12% sahaja yang berjaya memperolehi keputusan antara band 4 hingga Band 6. Bakinya, memperolehi keputusan yang biasa-biasa sahaja dan kurang memuaskan.

Keputusan yang kurang memuaskan ini akan menyukarkan anda untuk memperolehi jurusan yang anda idamkan di Universiti. Keputusan untuk kenaikan pangkat di tempat kerja mungkin perlu dipertimbangkan semula oleh pihak atasan apabila melihat keputusan peperiksaan MUET anda yang kurang memuaskan. Mahu atau tidak anda terpaksa mengambil sekali lagi peperiksaan MUET dan ianya akan mengambil masa anda selama 6 bulan lagi.

Tahukan anda keputusan MUET akan tentukan bidang yang akan anda ceburi ?



Jangan risau masih belum terlambat untuk study pasal MUET ni, Calon Boleh Panduan Lengkap di bawah 




Panduan MUET ini ditulis atas kesedaran membantu golongan yang ingin maju ke hadapan untuk bersaing di era globalisasi ini. Ebook ini memberi garis panduan tentang bagaimana peperiksaan MUET dijalankan dan juga teknik-teknik menjawab soalan-soalan komponen Listening, Speaking, Reading dan Writing.
Di dalam ebook ini, ada banyak panduan dan info yang dapat membantu anda. Antaranya:
  • Gambaran bagaimana peperiksaan Speaking dijalankan
  • Kelemahan calon semasa peperiksaan Speaking
  • Contoh soalan-soalan serta teknik dan panduan menjawab komponen Listening, Speaking, Reading dan Writing
  • Panduan mahir dalam kemahiran mendengar
  • Format terkini peperiksaan MUET dan pelbagai lagi info yang anda perlukan berkaitan MUET
Penulis Ebook ni Adalah Puan Norehan M. Nooh
Beliau adalah salah seorang Penanda kertas Peperiksaan MUET
Beliau berbesar hati nak berkongsi ilmu dengan calon-calon yang menduduki MUET, Supaya anda semua boleh dapat keputusan yang Cemerlang dalam Peperiksaan MUET

Nak tau isi kandungan Panduan MUET ni ?
Bab 1 : Pengenalan
Bab 2 : Apa itu MUET?
Bab 3 : Speaking Paper (800/2)
  • Perkara Yang Perlu Dilakukan Semasa Speaking Exam
  • Contoh Soalan Peperiksaan Speaking
  • Gambaran Bagaimana Task A Dijalankan
  • Gambaran Bagaimana Task B Dijalankan
  • Kelemahan Calon Semasa Peperiksaan Speaking
Bab 4 : Reading Paper (800/3)
  • Panduan Menjawab Soalan Reading
  • Cara Mencari Makna Perkataan Tanpa Guna Kamus
  • Contoh Soalan Reading
Bab 5 : Writing Paper (800/4)
  • Cara Menjawab Soalan Writing
  • Senarai Perkataan Untuk Membuat Analisa
  • Contoh Soalan & Jawapan Paper Writing
Bab 6 : Listening Paper (800/1)
  • Panduan Menjawab Ujian Listening
  • Tips Memperbaiki Kemahiran Mendengar
  • Tips Menjadi Pendengar Yang Baik
  • Contoh Soalan Listening
Bab 7 : Panduan Menghadapi Peperiksaan
  • Sebelum Peperiksaan
  • Semasa Peperiksaan
  • Selepas Peperiksaan
Bab 8 : Penutup

Bagus ke Panduan ni ???

"This MUET book is very useful to me especially when the MUET test was around the corner.So,grab this oppurtunities to have all the collection of MUET book.Insyaallah,you can achieve the better level of BAND for MUET by applying the tips given in this book :) "
fatin syahirah

Jadi! Usah berlengah lagi! dapatkanlah ebook panduan ini untuk memberikan keyakinan kepada anda di dalam menghadapi peperiksaan MUET yang akan datang dan sekaligus, membolehkan anda memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan tersebut! Klik butang dibawah untuk mendapatkan ebook ini!

Sunday, November 8, 2015

Komisen Pertama dan kedua dari Affiliate Klikjer

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah syukur, berjaya jugak saya dapatkan komisen dari klik jer . Komisen pertama & kedua yang saya perolehi, tak rugi berkongsi manfaat kepada orang lain. Semoga kita semua kaya dan Berjaya, hehe



Komisen ni saya perolehi masa 2012,  first time buat marketing untuk affiliate tak sangka berjaya jugak. Ape pun yang paling penting manfaat ebook tu sampai pada pengguna.

Nak tau pasal klikjer.com.

Klikjer.com adalah merupakan projek kendalian Shuth Network Sdn. Bhd (885642-H).
Ianya adalah merupakan projek penerbitan produk digital untuk pasaran Malaysia. Buat masa ini, sebanyak 30 buah produk digital telah berjaya diterbitkan.

Selain itu, klikjer juga turut menawarkan program affiliate untuk memberi peluang kepada orang ramai menjana pendapatan sebagai affiliate yang mempromosikan produk-produk digital terbitan Klikjer.com

Promosikan pelbagai produk digital yang bermutu dan perolehi komisyen sebanyak 70% bagi setiap jualan yang terhasil

Apa kata ahli yang dah sertai Affiliate klik jer ?

"Program Affiliate yang sangat mudah dan terbaik pernah saya sertai! Saya mencadangkan kepada mereka yang baru menceburi pemasaran secara online boleh mencuba teknik affiliate ini untuk mengembangkan produk bisnes anda."
Daing Muhamad Fadzil Abd Latif

"This MUET book is very useful to me especially when the MUET test was around the corner.So,grab this oppurtunities to have all the collection of MUET book.Insyaallah,you can achieve the better level of BAND for MUET by applying the tips given in this book :) "
fatin syahirah

""Program Affiliate yang sangat mudah,! Saya mencadangkan kepada mereka yang baru menceburi pemasaran secara online boleh mencuba teknik affiliate ini untuk mengembangkan produk bisnes anda.""
asmah taib

""Program Affiliate yang sangat mudah dan terbaik pernah saya sertai! Saya mencadangkan kepada mereka yang baru menceburi pemasaran secara online boleh mencuba teknik affiliate ini untuk mengembangkan produk bisnes anda.""
mustaza mat jusoh

Rahsia Buat duit dengan Klikjer Terbongkar

Resepi Ais krim Yang sedap dan lembut

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Anak- anak saya memang suka makan ais krim, So Last week buat projek aiskrim homemade bersama anak-anak....sebenarnya dah lama nak cuba buat ais krim home made ni cari resepi jumpalah resepi dari  Kaori's Story resepi dia jela..

So, lepas blk beli susu pekat terus buat..cara yg mudah sgt..guna blender jer..

Bahan asas utk buat aiskrim..
1. Satu tin susu cair / susu full cream 400ml / kalau nk yg lg sihat guna susu low fat..haha..
2. 6 sudu besar susu pekat - yang ni boleh adjust ikut kesukaan..kalau suka manis buh byk..kalau x suka manis buh sikit..
3. Satu sudu besar ovalette
4. Satu biji telur.
5. Satu sudu kecil esen vanila.

Caranya korang blend jer sume bahan2 kat atas tu selama yang boleh..lagi lama lagi bagus..sebab nak bg aiskrim gebu dan lembut..



Ok, kalau korang nk tmbh perasa boleh buh jgk dan blend sekali ngan bahan tadi..perasa strawberry ke..mango ke..ikut kesukaan la..aku buat aiskrim vanila jer dan buh kepingan biskut oreo..




Dapat satu bekas aiskrim jgk..lepas dah tuang masuk lam bekas boleh simpan lam freezer..tunggu beku pastu boleh makan..haa..

Anak bertuah aku si Ayun asyik tanya..'siap dah?'
Lepas 5 minit tanya lagi..'siap dah?'
Punyala tak sabar dia nk mkn..haha..

Bila dah beku terus boleh jamu anak2..ini dia rupanya..




Lepas ni xyah beli dah aiskrim..buat sendiri jer kt umah..bila boleh buat sendiri ni jimat la sikit..kan..
hehe

Dilema berhenti kerja dan Berniaga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya pasti ramai yang dalam dilema sama ada nak teruskan bekerja atau berhenti kerja dan berniaga. Memang tidak dinafikan bila bekerja dengan majikan, ada pendapatan tetap yang akan diperolehi setiap bulan.Tapi masalahnya kos sara hidup yang semakin tinggi, menyebabkan gaji yang diperolehi tidak mencukupi.  Kadar toll meningkat, beli barang keperluan ada GST, kalau dulu beli barang satu troli penuh Rm400, sekarang setengah troli je dah Rm400, kos pendidikan anak kalau dulu masa saya sekolah PIBG Cuma bayar RM10, sekarang dah jadi seratus. Emm pening kan mana nak cari duit, kerja bertahun kenaikan cuma seratus setahun, lagi kesian ada yang kenaikan puluh ringgit je setahun. Lahir seorang anak je kos jaga anak, pamper , susu paling kurang RM500. Macam tu lah hidupkan, apepun hidup perlu diteruskan. Insya Allah ada rezeki untuk mereka yang sentiasa mahu berusaha.

6 Sebab utama dilema berhenti kerja dan berniaga

Tidak gembira dengan pekerjaan sekarang dan mahu berniaga untuk lebih gembira. Tetapi berniaga belum tentu menjanjikan kegembiraan dan kebahagiaan.

Tidak cukup duit dan mahu berniaga untuk selesaikan masalah duit. Sama ada bekerja atau berniaga perkara utama ialah kemampuan mengurus duit. Salah langkah boleh tersasar lebih jauh dalam kancah masalah kewangan.

Mahu berniaga kerana mahu membayar hutang keliling pinggang. Jika waktu bekerja dan berpendapatan tetap anda sudah berhutang keliling pinggang. Ini bermakna anda berbelanja melebihi kemampuan dan tidak mampu mengurus wang dengan baik.

Mahu banyak masa bersama keluarga dengan berniaga. Anda pergi ke mana-mana pun anda tetap mendapat masa 24 jam sahaja sehari. Tidak lebih dan tidak kurang daripada orang lain

Berniaga kerana minat dan bukan kerana kawan buat anda pun mahu buat. Pilih perniagaan yang kita tahu lakukan sendiri, bukan perniagaan yang syok sendiri. Jika tidak, kebergantungan anda kepada orang lain adalah sangat tinggi.

Mulakan dengan kos paling minima dan elakkan membuat pinjaman. Tidak perlu bermula dengan skala besar hingga memaksa anda membuat pinjaman. Walaupun membuat pinjaman dari ahli keluarga, ia pantang besar dalam berniaga.

Idea di bawah ini boleh membantu anda untuk memulakan perniaggaan , pilih perniagaan yang anda minat, dan boleh juga mulakan secara part time ;-

1. Bisnes Ais krim
2. Bisnes Burger
3. Bisnes Fotografi
4. Bisnes Coklat
5. Bisnes Cupcake
6. Bisnes Biskut
7. Bisnes Maruku
8. Bisnes Kek Kukus Special
9. Bisnes Muffin
10. Bisnes kek Cheese
11. Bisnes Apam
12. Bisnes Kek Coklat
13. Bisnes Biskut Penyek
14. Bisnes tart
15. Bisnes Aneka Putu Bambu
16. Bisnes Roti, Pau Dan Pizza
17. Bisnes Air, Dadih Dan Dessert
18. Bisnes Roti Canai & Mutabak
19. Bisnes Aneka Cakoi
20. Bisnes Air Soya Dan Aneka Taufufah






Bina Rumah Cara Islam

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Islam cara hidup muslim, kehidupan yamg berlandaskan syariat islam adalah cara hidup yang paling baik untuk manusia sejagat. Apabila ia diadaptasikan dalam segala pekerjaan dan rutin harian. Ia menghasilkan kesan kedamaian dan ketenangan yang optima.

Begitu juga dalam pemilihan untuk membina rumah. Persoalannya bagaimana membina rumah cara islam, supaya kedamaian dan ketenangan tu kita perolehi. “Rumah Ku Syurga Ku”.

Tujuan  bina rumah dalam islam adalah sebagai tempat perlindungan dari bahaya dan cuaca buruk, tempat untuk menjaga aurat dan maruah, tempat untuk membentuk peribadi diri, tempat untuk merapatkan silaturahim dan tempat untuk menunaikan ibadah. Tiada syarat khas dari segi reka bentuk. Walau bagaimanapun, saranan islam dari segi ciri-ciri kediaman yang elok. Dan bagaimana adab yang perlu dijaga di dalam rumah untuk mengekalkan keselesaan dan kedamaian seorang muslim.


Sebelum membina rumah. Pilih lokasi yang mempunyai kejiranan yang baik dan pilihlah tapak yang selamat.

Semasa membina Rumah , Binalah rumah yang cukup keluasannya, tidak membina rumah yang bermegah, reka bentuk rumah yang baik, Susun atur ruang mengikut tujuan Dan Binaan rumah hendaklah kuat dan kukuh. 

Nak lebih tips dapatkan Dapatkan panduan Kediaman Pertamaku
Rekabentuk3donline.blogspot.com


Ibu bapa Sebagai Guru Pertama

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Ramai yang kurang menyedari, kita sebagai ibu bapa kepada anak-anak adalah guru pertama mereka. Bukan Cikgu di sekolah. Kitalah yang berperanan besar dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak. Mereka melihat kita setiap hari. Kita seharusnya menyediakan satu contoh yang terbaik buat mereka. Apabila ini berlaku maka apabila mereka keluar dari rumah, mereka bersedia menghadapi ujian yang bakal melanda.

Saya ada dengar komen ramai ibu bapa yang kecewa ketika mereka menghantar anak-anak ke sekolah kerana mereka terlalu bergantung pada guru. Ibu bapa mula menyoal mengapa anak mereka tidak boleh lagi membaca pada usia 4, 5  atau 6 tahun. Mereka bertanya mengapa anak mereka hanya menghafal tetapi tidak mengenal. Mereka bertanya mengapa anak-anak  banyak bermain. Mereka juga bertanya mengapa tiada kerja rumah yang di bawa balik.

Seawal mana anak belajar membaca adalah bergantung seawal mana mereka di dedahkan dengan pembacaan dan pengenalan huruf itu sendiri. Jika lambat kita memperkenalkan huruf kepada anak , maka mereka akan mengambil masa untuk mengenal huruf dan membaca.



Anak Bijak bercakap Dan Bijak membaca

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tentu seronokkan bila anak bijak bercakap dan membaca seawal usia. Bagaimana nak anak bijak becakap Dan membaca? Saya tertarik dengan info berkaitan infant reading (sumber dari majalah Era Muslimah ).

Infant reading adalah aktiviti membacakan buku pada bayi. Aktiviti ini dilakukan seawall mungkin iaitu ketika anak berusia dua bulan lagi. Pilih buku dan cerita ringkas yang sesuai dengan anak-anak, dan bacakan pada mereka semasa mereka berada dalam keadaan tenang biasanya selepas mandi dan sesi urutan bayi. Jika dapat lebih adalah lebih bagus.

Kajian infant Reading pernah dibuat di Afrika di mana 2 kumpulan bayi Afrika di ambil. Satu daripadanya dibacakan buku dan satu lagi tidak dibacakan buku. Beberapa tahun selepas itu, didapati bahawa bayi yang dibacakan buku mempunyai peratus literasi yang lebih tinggi daripada bayi yang tidak dibacakan buku.



Apabila kita membacakan buku pada anak, mereka mungkin tidak paham apa yang dibacakan oleh kita kepada mereka. Namun di dalam proses ini yang penting adalah ikatan yang cuba kita bina antara diri kita dan anak. Telah berlaku komunikasi secara langsung dengan mereka. Ini akan menyebabkan otak mereka bergerak aktif dan mula mengumpul perbendaharaan kata seawal mungkin.
Infant reading juga adalah salah satu cara anak dapat bercakap seawal yang mungkin. Jadi mulakannya sekarang. Bacakan buku kepada anak setiap hari. Ia sangat bermanfaat dan member kelebihan kepada anak.

Monday, February 16, 2015

Tips Menangani Masalah Anak Yang Nakal Dan Mencabar

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Anak adalah anugerah dan amanah Allah SWT kepada ibubapa. Mereka ibarat kain yang putih yang bersih lagi suci. Kecantikan dan keindahan kain itu bergantung kepada ibubapa itu sendiri untuk mencorakkannya. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini untuk membentuk budi pekerti yang mulia berlandaskan syariat Islam. Pembentukan itu haruslah dilakukan ketika mereka masih di dalam kandungan ibu lagi.

Jika ditakdirkan mereka ini anak yang degil, keras hati, keras kepala dan nakal, janganlah anda kecewa dan patah semangat dalam menangani masalah ini. Anggaplah ia sebagai satu ujian Allah SWT kepada hambaNya yang dikasihi. Ingat hakikat bahawa Allah SWT uji hambaNya setakat kemampuan hambaNya untuk menanggung ujian itu. Jadi janganlah sesekali merasa kecewa atau patah semangat. Malahan, Nabi bersabda: Allah amat benci orang yang mudah patah semangat dan syaitan amat suka orang yang mudah patah semangat.

Setiap masalah berpunca daripada: 

1. Hati yang kotor.

2. Fikiran yang negatif.

3. Amalan yang tidak betul.

4. Gangguan metafizikal termasuk sihir.

5. Jahil tentang agama & tanggungjawab, atau

6. Semata-mata ujian Allah SWT kerana sayangNya kepada anda.

Jadi cuba semak diri anda tentang apakah punca sebenar masalah yang anda hadapi itu.

Pesan Nabi SAW: 

Anak-anak yang nakal semasa kecil, akan menjadi orang dewasa yang bijaksana. Jadi tukar paradigma  tentang anak anda itu. Fikiran dan kata-kata ibubapa adalah DOA YANG MAKBUL. Sabda Nabi SAW: Allah SWT bertindak seperti mana yang difikirkan oleh hambaNya. Nabi pesan, anak berumur 1 - 7 tahun, didik dengan kasih sayang dan banyak bergurau. Jadi bagi sesiapa yang selalu memukul anak, mulai hari ini jangan lagi memukul anak anda itu. Besar kemungkinan dia RASA CEMBURU KEPADA ADIK. Sejak ada adik, ibubapa banyak melebihkan adik tanpa sedar. Dia rasa terbiar. Pada abang atau kakak ni, kena marah atau pukul adalah PERHATIAN DARIPADA IBUBAPA! Amat sedih bila ini berlaku!

Di antara perkara yang boleh dilakukan untuk bantu anak anda yang nakal untuk mendengar cakap dan terlalu manja:

1. Pastikan dia makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 1 ½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam. Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agrasif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit.

2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.

3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.

4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan, mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.

5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.

6. Beri anak supplement yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.

7. Bacakan di kepala anak: Al-Fatehah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika/ sekolah.

8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agrasif dan hyperaktif.

9. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.

10. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agrasif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra nakal.

11. Ibubapa baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang.

Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.

Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:

 1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba'diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.

2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.

3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.

4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.

5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya. Saya sertakan set Doa Harian untuk anda amalkan. Kongsikan doa-doa tersebut dengan kawan-kawan dan keluarga yang lain. Sila klik Di Sini.

6. Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.

 7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatehah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.

8. Layan anak  lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.

9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.

10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya 'Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.

11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
i. Inna lillahi wainna ilahi rojiuun. 
ii. Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini.
iii. Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau
bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar,
baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah
hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.

12. Baca Al-Fatehah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.

13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.

Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.

Selamat beramal dan moga berjaya, wassalam.

Sumber Inspirasi Dan Motivasi: Prof. Madya Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah
 

Rahsia Kaya Dengan Burger


Nak Bisnes Fotografi ?


 
Blogger Templates